Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Setiap Hari ‘Aida Jebat’ Habis Makan Seperiuk Nasi Sejuk

Comelnya ‘Aida Jebat’ ni suka makan nasi sejuk!
Editor
18 Jul 2019, 02:48 PM

Seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah di Kampung Lala, Pokok Sena telah diberikan nama panggilan ‘Aida Jebat’.

setiap hari ‘aida jebat’ habis makan seperiuk nasi sejuk

Pemilik, Ain Zahirah, 24 berkata lembu berusia kira-kira dua tahun itu gemar untuk makan nasi sejuk setiap kali pulang daripada meragut rumput.

"Tabiat pelik lembu ini disedari apabila semua nasi yang kami beri untuk ayam, habis dimakannya dan setiap kali saya bawa nasi keluar untuk diberi kepada ayam, ia akan meluru ke arah saya.

"Mulanya kami agak pelik sebab lembu suka makan nasi, namun lama-lama menjadi kebiasaan kami, bagi dia makan nasi hinggalah hubungan kami dengan Aida Jebat makin rapat sebab dia makin manja," katanya seperti dipetik dari Awani.

setiap hari ‘aida jebat’ habis makan seperiuk nasi sejuk

Tambah Ain, seekor lagi lembu peliharaannya diberi nama Awang Hitam juga gemar untuk memakan nasi.

"Nasi yang saya berikan untuk lembu-lembu ini masih dalam keadaan elok, saya campurkan dengan sedikit garam," katanya.

setiap hari ‘aida jebat’ habis makan seperiuk nasi sejuk

Disebabkan tabiat pelik lembu-lembu miliknya, ia menjadi perhatian penduduk kampung hingga mereka sering datang melawat haiwan itu pada waktu petang.

"Lembu-lembu ini bukan sahaja makan nasi, kerana pada hari raya yang lalu, haiwan ini juga makan lemang dan ketupat, kalau ikutkan saya nak berikan apa sahaja lembu ini nak makan, tetapi risau juga boleh memudaratkan," kata nenek kepada Ain iaitu Rahmah Ismail,74.

Comelnya ‘Aida Jebat’!

Sumber: Awani & Sinar Harian

setiap hari ‘aida jebat’ habis makan seperiuk nasi sejuk

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}