Kredit: Uzun Mayan/Pexels
Siapa kata wanita berhijab tak boleh tampil ‘wow’? Korang tengok je la selebriti Malaysia yang berhijab, gaya berfesyen diorang memang tak kalah. Korang pun boleh je jadi macam Che Ta, Mira Filzah dan Neelofa kalau tau caranya. Jom tengok apa ‘senjata’ rahsia yang korang kena ada ni dulu.
#1 Pin Pin Pin
Kredit: Pexels
Bukan bunyi loceng basikal tetapi pin tudung dan jarum peniti, dua perisai penting untuk memastikan tudung kekal berada di tempatnya. Bukan satu, nak bentukkan gaya hijab hipster ni perlukan tak kurang daripada tiga pin tudung. Barulah hijab tu terletak elok je dari pagi hingga petang.
Korang yang cuci mata dengan pin tudung dan jarum peniti hipster, bolehlah klik link tu. Ada macam-macam jenis dan bentuk!
#2 Spray tudung
Sesetengah material tudung sukar dibentuk, dan tidak kekal lama. Ada yang kena spray dengan spray kanji, ada yang lilinkan dulu di sekitar muka tudung dan tak kurang juga yang letakkan awning supaya nampak elok. Sesetengah material tudung ni pula, lilitlah macam mana pun, dia tak mudah berubah dan senang disarung.
Antara spray kanji yang korang boleh beli termasuklah spray tudung. Memang senang nak guna. Tak perlu gosok beriya dan tudung pun terletak elok je sampai petang.
#3 Material Tudung
Ada banyak jenis material tudung seperti chiffon, satin, cotton dan lycra, hijabis kenalah berani mencuba material ni untuk cari yang paling sepadan.
Make sure, corak dan warna yang korang pilih tu sesuai dengan pakaian yang korang sarung. Paling penting, korang kenalah yakin dengan penampilan tu. Nak tengok tudung yang in? Klik je kat sini.
#4 Wajah Yang Flawless
Siapa yang tak nak wajah flawless kan? Korang kenalah disiplin dengan rutin penjagaan wajah. Korang boleh juga tutup cela pada wajah tu dengan menggunakan mekap. Yang tak berapa mahir tu, don’t worry. Ada banyak tutorial yang korang boleh tengok, macam ni:
Check out je kat sini untuk produk penjagaan wajah yang boleh korang guna. Yang tengah cari mekap tu, bolehlah cuci mata kat sini.
#5 Angle bergambar
Nak #OOTD kenalah tau korang punya best angle macam mana. Ada orang yang kena angkat muka, palingkan sedikit ke kanan. Ada pula yang kena silangkan kaki. Barulah nampak kurus, tinggi dan awesome. Paling in tentunya teknik posing tak tengok kamera.
Nak lagi awesome, kamera korang pun kenalah awesome macam ni.
#6 Lighting On-Point
Memang wow la gambar kalau lighting on point. Dapat pula tukang ambil gambar yang pandai cari angle terbaik. Make sure korang sedia blotting paper, tisu atau span untuk keringkan minyak atau peluh kat muka tu.
#7 BFF/Idola
Hijabis hipster ni selalunya ada bff atau idola sendiri yang diorang akan ikut gaya berfesyen dan boleh bertukar pendapat dan pandangan.
Korang dah ada ‘senjata’ rahsia untuk jadi hijabis hipster ni, apa lagi? Jomlah berOOTD dan penuhkan IG korang dengan gambar-gambar korang yang awesome tu. Siapa tahu boleh jadi Instafamous lepas ni, kan?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.