Kredit: Adrienn dari Pexels
Macam-macam perkara ‘gila-gila’ kita buat dengan bff ni. Diorang ni la tempat kita luah macam-macam cerita, tempat kongsi gelak ketawa tak ingat dunia & tempat mengadu derita. Kalau diingat momen dengan bff ni sure senyum sorang-sorang.
Tapi semakin meningkat usia & bila masing-masing dah bekerjaya, agak susah nak bertemu muka. Bila dah berkahwin dan beranak pinak, lagilah susah nak berjumpa. So, korang yang bakal naik pelamin tu, apa kata korang spend sikit masa dengan bff sebelum korang bertukar status. Ni kitorang share 5 aktiviti yang korang boleh buat.
#1 Travel Sama-Sama
Kredit: Ajay Donga dari Pexels
Ada banyak lokasi yang korang boleh pilih mengikut bajet. Korang boleh travel ke mana-mana lokasi menarik dalam Malaysia seperti di Sabah, Pulau Pinang & Langkawi atau diving di pulau-pulau yang cantik. Tak nak drive, boleh je naik flight atau bas. Semua pun di hujung jari je.
Boleh juga plan explore negara orang seperti Thailand, Indonesia, Korea & Singapura. Selain tengok budaya, makanan dan tempat-tempat menarik, bolehlah korang cipta momen manis bersama-sama.
#2 Sembang Sampai Pagi
Kredit: Pexels
Ni la masanya untuk korang throwback momen-momen manis dan buatkan korang lebih kenal dengan bff. Layan drama, filem atau korang nak confess apa-apa yang terbuku pun boleh. Tapi make sure korang pilih tempat lepak yang selesa dan menarik. Lagi awesome kalau korang grab dulu promosi menarik kat sini.
#3 Spa, Facial & Shopping
Kredit: mentatdgt dari Pexels
Seronoknya dapat manjakan diri dengan bff. Make sure korang book dulu spa atau facial tu awal, jangan main redah je. Nak diskaun boleh check out kat sini. Selesai spa, bolehlah pergi shopping atau paling tak pun cuci mata dengan baju, beg tangan dan mekap. Bukan selalu pun dapat ‘juri’ paling jujur ni komen tentang barang yang korang nak beli.
#4 Aktiviti Lasak
Kredit: Pexels
Apa bucket list korang? Ada yang nak buat sky jumping, bungee jumping, ada pula yang suka flying fox dan tak kurang juga yang nak menawan Gunung Kinabalu. Bolehlah korang training dengan bff. Nak cari baju dan kasut training yang sesuai, bolehlah korang check out kat sini.
#5 Pergi Sekolah Lama
Kredit: Dio Hasbi dari Pexels
Atau pergi tempat lemak biasa zaman kolej dulu. Buat semula aktiviti yang korang suka zaman dulu. Bukan selalu dapat buat macam ni, kan? Kenalah ambil gambar banyak-banyak & print gambar tu. Barulah momen manis ni kekal lama.
Ada yang tengah senyum sorang-sorang ke tu? Bolehlah start plan & cari masa sesuai untuk spend dengan bff korang. Tak perlu terbang jauh, cari je yang padan dengan kemampuan masing-masing. Yang penting kita enjoy!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.