Panas! Panas! Panas!
Sekarang ni boleh dikatakan musim panas. Kalau korang perasan, waktu petang cahaya matahari sangat terik dan rasa macam rentung kulit. Bila malam pulak, sebelum nak tidur tu mesti rasa berkuap sampai berpeluh satu badan.
Tapi, rakyat Malaysia memang jenis yang kental dan tak de hal punya lah. Setakat panas cuaca ni, kira biasa je. Sebab ada beberapa benda lagi bikin ‘panas’ lagi yang rakyat Malaysia selalu hadap.
#1 Jalan Jem
Kalau tanya orang yang duduk dekat Kuala Lumpur, mesti jalan jem ni satu perkara yang biasa. Walaupun hari-hari panas hati sebab jalan jem, tapi keesokan harinya tetap mereka hadapi jalan jem dengan penuh kesabaran.
#2 Makanan Pedas
Kebanyakan orang Malaysia sangat suka makanan yang pedas. Asam pedas, mee kari, sambal udang, masak lemak cili padi, nasi lemak bersambal dan macam-macam lagi lah. Kalau makan ni, confirm berpeluh dahi sebab panas dekat dalam. Makan terlebih je, boleh berasap. Tapi, lagi pedas dan panas lagi lah nikmat.
#3 Gosip ‘Panas’ Selebriti
Part ni mesti ramai yang suka kan? Yelah, pantang ada cerita panas pasal selebriti, terus jadi bahan cerita waktu lunch. Barulah up-to-date orang kata.
#4 Orang Yang Suka ‘Double’ Park Atau Blok Kereta
Yang ni selalu terjadi dekat tempat yang parking terhad. Elok kita dah settle hal kita dan nak keluar, tiba-tiba ada kereta yang block dekat belakang atau double park. Saki hati tu jangan lah cakap. Rasa panas membara dalam jiwa. Tapi, rakyat Malaysia tetap sabar menunggu sehingga kereta belakang bergerak.
Haaa nampak kan betapa kebalnya rakyat Malaysia ni. Tapi ada satu lagi benda panas yang boleh buatkan korang tak senang duduk. Yang ini korang tak akan kebal sebab panas dia lain macam betul.
Pas internet Cili Padi dengan Digi Prepaid, pasti membuatkan korang rasa panas sebab dengan RM 1 korang boleh layan Internet Tanpa Had pada bila-bila masa. Korang boleh main Internet Cili Padi ni dan main lah internet sampai berapi. #JomInternet Digi Prepaid memberikan anda akses Internet bila-bila masa, di mana sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Digi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.