Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

7 'Kaki' Yang Selalu Kita Lihat Di Kenduri Kahwin

Anda 'kaki' yang mana?
Editor
22 Dec 2017, 09:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Hujung-hujung tahun ni, sana sini kenduri kahwin. Iyalah, ramai yang ingin merebut cuti persekolahan panjang agar tetamu jauh dapat bertandang. Bukan seorang dua yang datang majlis ini, beribu orang merai mempelai dan sudah tentu pelbagai ragam serta 'kaki' dapat ditemui. Adakah anda salah seorang daripada 'kaki' yang kami maksudkan ini?

#1 Kaki Makan

Sampai sahaja di rumah pengantin, terus meluru ke meja hidangan. Langsung lupa dengan tuan rumah. Ambil pinggan, ceduk nasi dan lauk pauk sepenuh pinggan. Tu belum masuk pinggan lain, khas untuk pemanis mulut dan buah-buahan. Jenis ini jugalah yang tidak segan silu tambah nasi dan lauk sehingga ada kala berlebihan, tidak habis dimakan.  

#2 Kaki Tapau

Mereka yang 'kaki tapau' ni ada dua jenis. Jenis pertama yang datang di hujung waktu, saat majlis hampir tamat dan bersedia untuk tapau makanan berlebihan. Jenis kedua pula datang awal tetapi tanpa segan silu terus meluru ke periuk, minta dibungkuskan nasi dan lauk. Belum lagi cerita kuih muih dan buah-buahan yang diselit di dalam beg tangan.

#3 Kaki Selfie

Yang ini kebiasaaannya si gadis sunti dan teruna, tapi tidak bermakna mak-mak orang tidak melakukannya. Tidak cukup bergambar dengan pengantin di atas pelamin, selfie pula di sudut-sudut lain yang cantik pada pandangan mata. Tu belum masuk Facebook Live, video dan Insta Story lagi!

#4 Kaki Karaoke

Alahai, lepas dia, dia dan dia lagi yang menyanyi. Sejak awal tiba di lokasi majlis, dia terus meluru ke meja DJ. Lepas satu lagu, ke lagu lain pula. Pendek kata dialah orang paling lama pegang mic, kalah DJ berbayar. Suara kalau sedap, tidak mengapa... Ini pitching semua ke lautan dalam.  Bertabahlah para tetamu yang lain ya.

#5 Kaki Gosip

Cik 'Keypochi'. Segala cerita pun nak dikongsi dan nak jadi antara yang terawal mengetahui. Belum lagi komen tentang baju pengantin, komen tentang pengantin yang tak sesuai pada mata; yang lelaki tampan bergaya tetapi pengantin perempuan gemuk berisi. Habis segala kisah dalam kain orang lain diterburai. Seronok ya ketawakan orang...

#6 Kaki Complain

Makanan tak sedap, parkir susah, peta yang dilampirkan salah dan tuan rumah tidak sempat menyapa pun dijadikan isu besar. Belum masuk bab hantaran buruk, warna pelamin tidak cantik, makeup pengantin bercapuk dan door gift tidak menepati selera. Aduhai, semua pun tak kena.

#7 Kaki Buat Hal Sendiri

Ni selalunya anak-anak yang dipaksa ikut mak ayah ke kenduri kahwin. Toleh kanan, toleh kiri tiada siapa yang dikenali... Lebih baik berkomunikasi dengan telefon pintar, ada games dan kawan-kawan yang memahami.

Anda mungkin tidak termasuk dalam kategori ini tetapi kategori biasa yang menjaga serba serbi. Datang ke rumah pengantin demi memenuhi jemputan agar tidak menghampakan tuan rumah, tidak lokek dengan senyuman dan pandai bergaul.

Tidak kiralah anda 'kaki' yang mana, jom 'Rrrrrrr'kan bulan ini dengan Digi Super Tererrr. Anda tidak perlu rungsing tentang penampilan, tidak tahu lokasi sebenar ke rumah pengantin dan tidak perlu susah-susah hendak pos kad jemputan. Semuanya anda boleh lakukan dengan adanya Internet. Bimbang tidak cukup data? Anda boleh #JomInternet 12 jam internet tanpa had untuk semua aplikasi dan 24 jam panggilan tanpa had setiap hari.

#DigiSuperTererrr  #JomInternet #DigiPrepaidLiVE 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}