11 Disember 1993, salah satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers telah runtuh dan meragut 48 nyawa. Sejak daripada itu, kawasan tersebut telah ditinggalkan.
Hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sebanyak 50 rumah banglo dan satu taman rekreasi akan mula dibina di tapak kondo itu, selewat-lewatnya bermula Jun ini.
Selepas 26 tahun tapak itu dibiarkan, ia akan dijadikan kawasan penempatan baru, walaupun ia mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai yang mendakwa kawasan berkenaan adalah ‘keras’ dan ‘berpenghuni’.
"Ia bukannya membina semula kediaman bertingkat yang berisiko, sebaliknya banglo dan taman rekreasi untuk manfaat penduduk sekitarnya.
"Bagaimanapun nama Highland Towers itu akan dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah," katanya Zuraida.
Sumber: The Reporter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.