Sejak penularan wabak COVID-19 ke seluruh dunia, terdapat 1.09 juta kes maut yang dilaporkan akibat pandemik ini setakat 15 Oktober 2020.
Jumlah itu terus meningkat dari hari ke hari dengan kini 38.7 juta disahkan positif COVID-19.
Sehingga kini juga, Amerika Syarikat masih menjadi negara paling ramai kes jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 8.1 juta, diikuti India (7.3 juta), Brazil (5.1 juta), Rusia (1.3 juta) dan Sepanyol (937 ribu).
Angka kematian juga adalah paling ramai di Amerika Syarikat dengan 221 ribu dilaporkan maut angkara COVID-19.
Setakat 14 Oktober 2020, terdapat 660 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia, dan pertambahan 4 lagi kes kematian, menjadikan jumlah mangsa maut akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 167 kes.
Orang ramai dinasihatkan agar terus menjaga keselamatan dan kebersihan diri serta keluarga daripada ancaman wabak COVID-19.
Sumber: Coronatracker
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.