Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Presiden Korea Selatan Moon Jae In Lantik BTS Sebagai Utusan Khas Presiden Di Perhimpunan Agung PBB

BTS akan menyertai Perhimpunan Agung PBB dan membuat penampilan kali ketiga pada tahun ini.
16 Sep 2021, 05:00 PM

Kumpulan K-Pop popular, BTS  dilantik Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan datang.

presiden korea selatan moon jae in lantik bts sebagai utusan khas presiden di perhimpunan agung pbb

Baru-baru ini, kumpulan itu mengadakan sesi pertemuan bersama Presiden Jae-in di pejabat dan kediaman rasmi presiden, bangunan utama Blue House di Seoul.

Menurut ciapan di laman Twitter Blue House, Presiden Jae-in berbesar hati untuk melantik kumpulan itu bagi menghadiri sesi Perhimpunan Agung PBB ke-76 di New York pada 20 September ini.

presiden korea selatan moon jae in lantik bts sebagai utusan khas presiden di perhimpunan agung pbb

Ia juga selaras sebagai sebahagian daripada tugas mereka bersama presiden kelak.

“Oleh kerana BTS telah menyampaikan mesej keselesaan dan harapan kepada dunia selama bertahun-tahun, penyertaan mereka dalam Perhimpunan Agung PBB akan berfungsi sebagai peluang yang bermakna untuk memperluas komunikasi dengan generasi akan datang di seluruh dunia.

“Ia juga akan menarik minat generasi akan datang mengenai isu-isu antarabangsa utama,” tulis ciapan tersebut.

presiden korea selatan moon jae in lantik bts sebagai utusan khas presiden di perhimpunan agung pbb

Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini akan menjadi penyertaan BTS buat kali yang ketiga. Presiden Jae-in juga berterima kasih kepada kumpulan sensasi gloval, BTS itu yang mengharumkan nama Korea di mata dunia dengan mempromosikan budaya, muzik, dan keaslian negara.

“Saya sangat bersyukur dan berbesar hati. Lebih-lebih lagi dengan K-pop yang menyatukan semua dan membawa budaya ke peringkat lebih tinggi.

“Ia telah membawa nama Korea ke mata dunia dan lebih tinggi lagi,” katanya.

Sumber: The Blue House Korea

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}