Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

‘’ARMY, You Did It!,’’ BTS Raih 2 Anugerah Di American Music Awards 2020!

Tahniah BTS! Tahniah ARMY!
Editor
23 Nov 2020, 03:16 PM

Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS telah membawa pulang dua trofi di Anugerah Muzik Amerika 2020 (AMAs) hari ini.

‘’army, you did it!,’’ bts raih 2 anugerah di american music awards 2020!

AMAs tahun ini diadakan pada malam 22 November bertempat di Los Angeles, Amerika Syarikat, dan BTS diumumkan sebagai pemenang kategori Favorite Duo or Group (Pop/Rock) untuk tahun kedua dan tahun ketiga berturut-turut bagi kategori Favorite Social Artist.

Oleh kerana mereka tidak dapat menghadiri upacara tersebut, BTS mengucapkan terima kasih atas penghargaan melalui video pendek di Twitter.

Jimin memulakan ucapan, "Terima kasih ARMY dan AMA untuk penghormatan besar ini," dan RM menambah, "Berharap Suga ada di sini bersama kami hari ini untuk meraikan hari ini, tapi baiklah."

"Dan kami minta maaf kerana kami tidak dapat hadir secara langsung untuk menerima anugerah ini, tetapi tetap gembira kerana kami dapat berhubung dari Seoul," sambung Jungkook.

"Kami mendapat gelaran ini tahun lalu juga, jadi terima kasih atas sokongan dan cinta anda yang berterusan, terutama dalam tahun yang penuh dengan ketidakpastian dan keraguan.", kata RM

J-Hope pula berkata, "Kami ingin tetap menjadi sebuah kumpulan yang memberikan keselesaan kepada dunia melalui muzik," sebelum Jin menambah, "Itulah yang ingin kami lakukan dengan album baru kami, juga kepada ARMY walaupun apa terjadi, hidup kita mesti diteruskan. "

V mengakhiri ucapan dengan mengatakan, “Terima kasih sekali lagi atas penghargaan berharga ini. Sayang awak ARMY! "

Terdahulu, BTS kembali dengan album mereka berjudul "BE" dan judul lagu "Life Goes On."

Tahniah kepada BTS!

Sumber: American Music Awards

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}