Pernahkah anda terlintas mahu menjadi seperti kumpulan yang cukup dikenali seluruh dunia seperti EXO mahupun Super Junior?
Jika YA, anda boleh mencuba bakat dalam pencarian ‘New Boy Group Audition’ oleh SM Entertainment ini.

Sejak Sabtu, 16 Januari lalu, SM Entertainment telah mengumumkan pencarian bakat baharu untuk kumpulan lelaki dari serata dunia.
Menurut mereka, ia terbuka kepada semua lelaki yang lahir antara tahun 2002 hingga 2008 dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat atau agensi rakaman.
Dilakukan secara atas talian untuk fasa pertama iaitu dari 16 Januari hingga 15 Februari, mana-mana individu yang berminat boleh berkongsikan video nyanyian, tarian atau apa sahaja bakat yang berpotensi untuk dijadikan artis dilaman sesawang SM Town.

Jika terpilih, pihak agensi akan mengumumkan senarai awal mereka pada 28 Februari hingga 15 Mac, dan akan ditapis lagi pada pusingan seterusnya sama ada secara atas talian ataupun bersemuka, bergantung kepada negara calon itu.

Senarai akhir akan diumumkan agensi pada 31 Mac, sebelum diserap sebagai artis rakaman dibawah SM Entertainment sebagai ahli kumpulan baharu.

Antara kumpulan yang bernaung dibawah SM Entertainment adalah seperti EXO, NCT, Aespa, Red Velvet, Girls’ Generation, Super Junior, SHINee, SuperM dan ramai lagi.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.